Friday, 17 June 2011

Bahasa Inggeris..

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang tertanya tanya (padahal orang follow sikit ja) kenapaa tajuk entri nie pasal Bahasa Inggeris, sebab saya nak kongsi beberapa fakta Bahasa Inggeris! Jadi mari belajar!

Fakta : Bahasa Inggeris


1.'Queue' adalah satu-satunya perkataan dalam bahasa Inggeris yang dapat dibaca dengan cara yang sama ketika empat huruf terakhir dihilangkan.

2.'Rhythm' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang tidak mengandungi huruf vokal.

3.'Almost' adalah kata terpanjang dalam bahasa Inggeris yang disusun mengikuti urutan huruf.

4.'Go', adalah ayat lengkap terpendek dalam bahasa Inggeris.

5.Hanya ada empat perkataan dalam bahasa Inggeris yang berakhir dengan suku kata 'dous', iaitu: 'tremendous', 'horrendous', 'stupendous' dan 'hazardous'.

6.Kalimat 'The quick brown fox jumps over the lazy dog' menggunakan setiap huruf yang ada dalam abjad.

7.'Stewardesses' adalah perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kiri di keyboard anda.

8.Dan 'lollipop' pula merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip dengan menggunakan tangan kanan di keyboard anda.

9.'TYPEWRITER' merupakan perkataan terpanjang yang boleh anda taip menggunakan huruf hanya pada satu baris dari keyboard anda.

10.Huruf 'A' hingga 'Z' mempunyai simbol (dan bunyi tersendiri), KECUALI, huruf 'W', 'W' adalah huruf 'uu'@'double u'


Di ambil dari Facebook dari page  http://www.facebook.com/englisheducationpenting
Silalah like page tu! Banyak info yang berguna!

Monday, 13 June 2011

Sabar..

Assalamualaikum..

Mesti ramai yang tertanya, kenapa entri kali nie berkaitan dengan sabar.. Selalu kita akan nampak hadis nie

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis nie, kita disuruh banyak bersabar tanpa mengira apa pun ujian yang datang (aku tak la berapa sabar sangat tapi selagi boleh tahan aku tahan) tapi ada pengajaran disebalik hadis tu antaranya adalah :-

Pengajaran :

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat Islam.
2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah ada latihan yang berterusan.
3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang dikasihi serta dekat dengan Allah s.w t. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.
4. Orang yang banyak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-Sobirun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.
5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.
6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai akhirat.
7. Antara keutamaan sifat sabar ialah:
a. masuk syurga tanpa hisab (perhitungan)
b. diampunkan dosa-dosa yang lalu
c. memilliki iman yang sejati.

Wednesday, 8 June 2011

Pada petang itu..

Mesti korang tertanya2 kenapa tajuk entri nie macam tu kan? Entri kali nie mengisahkan satu kemalangan yang terjadi pada petang nie.. Aku pada mulanya tak ingat pun pasal blog nie sebab takde topik yang boleh dikongsikan.. Ok la kembali pada cerita.. Aku tgh syok layan lagu Celldweller tetiba aku terdengar bunyi brek kereta yang amat kuat! (propa je lebih nie).. Jadi aku pun kuar dari rumah untuk tgk la apa yang terjadi kan.. Nak dijadikan cerita ada 2 buah kereta yang accident (tak bertembung pun), jadi aku pun sempat la snap beberapa gambar untuk tatapan semua..

Owner kereta nie yang pakai baju putih.. kalau nampak la


Kereta nie mangsa je kot
Dalam kes nie, aku pun tak tau sapa salah sapa betul.. Orang kata kereta merah tu yang salah sebab masuk line kiri tak kasi signal.. Hurmm.. apa2 pun pandulah dengan berhati2 dah syukur sebab tiada nyawa yang terkorban..

P/S: Entri terpanjang pernah aku buat kot.. Apa2 pun selamat membaca :).. Baru2 ada motor pernah accident dekat tempat yang sama pada pukul 0045 :s

Tuesday, 7 June 2011

Masalah betul...

Assalamuailaikum...
Tetiba pulak Mozila Firefox nie buat masalah..
2, 3 kali juga try uninstall lepas tu terus hang :<
Restart laptop pun takde apa2 kesan.. Last sekali, clear cookies, history ngan cache baru boleh uninstall.. 
Apa nak jadi nie.. =.= Tapi takpe sebab masalah dah solved! (Terasa macam pro la plk! muahaha!)
P/S : Sorry la bahasa skema sikit.. Permulaan blog kena skema2 sikit kan? Ahahah :p

Sunday, 5 June 2011

Sunyi sepi..

Hari nie dah 6/6.. Sepupu aku pun semua dah balik.. yang terakhir tadi pun dah balik tadi dalam pukul 10.54 A.M... Sekarang rumah aku dah sunyi sepi :x

P/S : aku tak tau nak update apa sebenarnya nie :x

Saturday, 4 June 2011

Permulaan Mukadinah aku..

Untuk pengetahuan semua, aku nie bukan selalu ber"blogging" nie tapi 2 orang kat atas tu la yang meransang minat aku untuk mula ber"blogging" nie.. InsyaAllah, aku akan try untuk update blog aku sekerap yang mungkin.. Follow lah blog aku dan tolong ajar aku pasal dunia blog nie :)
Aku rasa sampai sini aje la, sebab mata pun dah mengantuk, lagi sekali, terima kasih kerana sudi follow aku :)