Wednesday, 8 June 2011

Pada petang itu..

Mesti korang tertanya2 kenapa tajuk entri nie macam tu kan? Entri kali nie mengisahkan satu kemalangan yang terjadi pada petang nie.. Aku pada mulanya tak ingat pun pasal blog nie sebab takde topik yang boleh dikongsikan.. Ok la kembali pada cerita.. Aku tgh syok layan lagu Celldweller tetiba aku terdengar bunyi brek kereta yang amat kuat! (propa je lebih nie).. Jadi aku pun kuar dari rumah untuk tgk la apa yang terjadi kan.. Nak dijadikan cerita ada 2 buah kereta yang accident (tak bertembung pun), jadi aku pun sempat la snap beberapa gambar untuk tatapan semua..

Owner kereta nie yang pakai baju putih.. kalau nampak la


Kereta nie mangsa je kot
Dalam kes nie, aku pun tak tau sapa salah sapa betul.. Orang kata kereta merah tu yang salah sebab masuk line kiri tak kasi signal.. Hurmm.. apa2 pun pandulah dengan berhati2 dah syukur sebab tiada nyawa yang terkorban..

P/S: Entri terpanjang pernah aku buat kot.. Apa2 pun selamat membaca :).. Baru2 ada motor pernah accident dekat tempat yang sama pada pukul 0045 :s

No comments:

Post a Comment